belajarlah untuk berkata tidak..


assalamualaikum wbt.

pernah tak anda terperangkap dalam satu situasi di mana anda harus memberikan kata putus...ya atau tidak..betul atau tidak? kalau pernah, pernah tak anda menipu dengan memberi jawapan yang salah?kalau ada....anda berkememungkinan menghidap penyakit.....penyakit....penyakit... "serba salah lorh"
maka kali ni ain akan cuba bantu korang.....apa yang korang boleh buat bila berada dalam situasi ni....

persoalannya, kenapa kadang-kadang kita susah nak cakap tidak...antara sebab yang logik ialah mungkin kita takut apa orang lain akan fikir pasal kita atau kita takut apa yang akan berlaku selepas kita cakap tidak..



jadi kali ni ain akan terangkan kat korang intonasi "tidak" yang sesuai digunakan dalam keadaan yang sesuai

1.PENDEK DAN RINGKAS.

-caranya: hanya perlu cakap tidak dan jalan.
- situasi :

  • bila ada orang ajak korang buat benda jahat dan korang tak betul-betul suka benda tu.
  • bila orang tanya korang "baju ni cantik tak ?" padahal masa tu korang tengah menahan lapar sebab tunggu dia shopping.
  • bila ada orang tiba-tiba suruh korang tidur walhal masa tu korang tengah syok online.






2. GUNA PERGERAKAN TUBUH.

-caranya: Angkat sebelah tangan dan senyum sambil geleng-geleng kepala.
-situasi

  • bila orang kasi korang tester yang korang tak suka.
  • bila korang tengah rushing pastu orang hulur pamplet.
  • bila orang yang korang tak suka, tetiba baik dan ajak korang ikut dia pergi makan.





3.SEBUT BERULANG-ULANG.

-caranya:Tak Nak.....Tak Nak....Tak Nak...
-situasi:
  • bila korang tengah syok tidur pastu roomate korang ajak pergi toilet.
  • bila kena paksa buat sesuatu yang korang tak suka.
  • bila korang rasa korang comel kalau korang sebut macam ni. (erk..)


dan yang terakhir....

4. JERIT DENGAN SUARA YANG KUAT DAN NYARING.

-caranya:HEISH ORANG TAK NAK..TAK NAK LAH...TAK FAHAM-FAHAM KE!!!
-situasi:
  • bila korang betul-betul-betul-betul kena paksa-paksa-paksa buat sesuatu yang korang tak suka.




ok dah faham dah? hah lepas ni belajar-belajar lah untuk cakap tak-tidak-tak nak.....tapi ingat....cakap bila sesuai je eh...bila sesuai eh....ain ulang sekali lagi.....BILA SESUAI JE EH...nanti tak pasal ain kena marah sebab ajar kat korang benda yang bukan-bukan.....OH NO!!
sehingga ketemu lagi....buuuhhbbyyyeee

p/s: tak faham ? :( nak ain buat video pasal topik nie? *tett*

sumber yang lebih dipercayai: http://balancejoyanddelicias.wordpress.com/2010/08/31/saying-no/

Comments

Post a Comment

Thank you for stopping by and reading my humble thoughts.
I am open to any comments or feedback from you.