cool lah...got lipton ice tea what :)

assalamualaikum wbt.

apa khabar semua sihat? tengah exam? ke tengah sibuk berjimba? TeeTT (pinjam trademark min)....
alhamdullilah ain dah selesai peperiksaan akhir untuk semester pertama ni....dan sekarang ni tengah cuti sem la ni....tapi sebulan je pun...sekejap je pejam celik..pejam celik dah kena masuk sem 2....jadi kali ni ain nak citer pasal apa? jeng..jeng...jeng....petang tadi ain baca surat khabar dan terbaca satu artikel ni pasal sifat amarah dan perempuan...dan terjumpa ayat ni....

"emosi lelaki ibarat getah manakala wanita seperti ombak"

lol sangat kenyataan ni..faham tak maksudnya ??....emosi lelaki ni cepat berubah balik kepada yang asal...dalam kata lain kalau dia marah sekejap je dia dah sejuk...kalau perempuan boleh jadi dia marah..marah dan marah tetiba dia sejuk macam tu je... (faham ke? lol) tapi persoalannya.....betul ke perempuan ni permarah.....jawapannya YA !! ain setuju...tapi kenapa...kenapa...hei tak boleh terima la pandangan ain tu hei..hei...HOI !!

trolollll lolollll

sebelum tu, tahap kemarahan manusia ni ada peringkatnya...

1. CEPAT MARAH DAN LAMBAT SEJUK
- orang macam ni bahaya kalau korang teringin nak buat lawak loser dengan dia...tak pasal2 dapat penampar sedas kat pipi...

2. CEPAT MARAH DAN CEPAT SEJUK
- kalau golongan ni, hah diorang memang cepat sentap sikit tapi 5-10 minit lepas tu dia dah ok balik...golongan ni sukar dijangka....tengah sedap korang mencerca dia..pastu tetiba dia sentap...makanya bersedia jelah kena sembur dengan dia...tak pasal-pasal dia flip table...

3. LAMBAT MARAH DAN LAMBAT SEJUK
- selalunya golongan ni orang yang jenis suka simpan ketat-ketat dalam hati apa yang dia tak puas hati....yela tapi bila dah berkumpul perasaan tu dan tetiba ada orang cucuk....pergh dia punya meletup tu kalah letusan gunung berapi Danau Toba....masa tu jangan berani la nak pujuk...takut kena campak keluar tingkap je..

4. LAMBAT MARAH DAN CEPAT SEJUK
- oooohhh mereka yang tahap marah dia macam kat atas ni...ain tabik hormat la kat korang...korang memang tabah,sabar dan redha menghadapi setiap dugaan dan tohmahan dalam kehidupan
*kesat air mata-hembus hingus*

ok selesai...hah sambung balik tadi...kenapa perempuan boleh dapat lampu hijau kalau nak tetiba nak marah...

1. HORMON :)
-pernah dengar hormon serotonin? (susu tin ke?) bukan serotonin...serotonin...SEH-ROH-TOH-NIN...hah yang tu...ok hormon serotonin atau nama retis dia "happy hormon" ni lah yang menentukan tahap kegembiraan seseorang....cik sero ni senang je...makin banyak geng dia dalam otak kita, maka makin gembira la kita...tetapi hormon ni lebih banyak kat lelaki (> 52%)...jadi atas sebab itulah dikatakan perempuan lebih cepat terasa berbanding lelaki....

2. PMS :(
- rasanya korang tahu kan pms tu apa? pms tu ialah pre-menstrual syndrome...bukan patin masak singgang (ok tak lawak =_=)....itulah istimewanya kaum perempuan....diberi tiket untuk mengamuk dalam sebulan...dan bila masa tu sampai....tak payah nak taching sangat bila kena sembur...masa tu tahap emosi dan hormon tak stabil..tengah menggila orang cakap...

3. NAFSU 
- Cik Hawa : 9 nafsu 1 akal vs Encik Adam : 9 akal 1 nafsu...
atas sebab ni lah rasanya tak hairan kalau bila marah wanita ni 9 kali ganda the superb the power dari lelaki...tapi hey..janganla jadikan perkara ni sebagai alasan utama nak pertahankan diri...dan rasanya sebab tu la kan dalam Islam sendiri, pemimpin perlu lah dilantik dari kaum lelaki....dari pengalaman sendiri, bila perempuan ni jadi pemimpin kadang2 keputusan yang diambil atau yang diputuskan tu dibuat secara terburu-buru atau terlalu mengikut perasaan....lebih2 lagi kalau masa tu tahap stress tengah memuncak habis semua kena sembur termasuk orang yang suci dan baik macam ain nie..LOL...kalau yang lagi dahsyat tu main tarik2 rambut lagi...setakat tu je yang kitorang mampu..walaupun gaduh...ayu tetap kena maintain ye you olls....

tumbuk !! tumbuk !! tumbuk !! (nie sume gara2 abg ajis yg ajar)
rasanya tu je kot alasan yang ain boleh beri....yang lain cari sendiri ye..bukan susah pun...tanya je pak cik google...hah yang ni ada maklumat tambahan untuk korang...

EXTRA..EXTRA !!


  • kebanyakan nama taufan yang dahsyat-dahsyat dinamakan dengan nama wanita....tak percaya ?! meh ain kasi contoh...Taufan Katrina, Taufan Mawar, Taufan Sandy dll.
  • satu lagi, ada kajian yang dibuat oleh Universiti Sheffield di mana hasil kajian menyatakan bahawa tingkat kesuburan lelaki dan perempuan...wanita EMOSIONAL (motif caps lock??) dan lelaki yang chillax memiliki kemampuan yang tinggi untuk dapat banyak anak....teTTT...tak tahu tak tahu...hahahahaha


keluarga bahagia~~~

sebelum ain tamatkan entri ni, nak kongsi sikit tips tak kurangkan marah (macam pakar kaunseling dah ain ni)

BILA MARAH !!! buat macam ni ye....

1. tarik nafas dalam2.....tahan nafas dan kosongkan fikiran...tapi jangan la tahan lama sangat...karang tak cukup oksigen *pengsan*

TAK BERKESAN ?! cuba cara kedua ni

2. diam dan lari daripada orang yang korang tengah nak marah tu.....pernah diriwayatkan kisah Saidina Umar al-Khattab (kalau salah tolong betulkan) yang menolak untuk membunuh seorang musuh Islam ni walaupun beliau mempunyai peluang yang baik semata-mata kerana tak mahu membunuh dalam keadaan marah...lalu beliau meninggalkan musuh tu dan membatalkan niatnya untuk membunuh orang tu...



MASIH MARAH LAGI ?! kita cuba cara terakhir ni

3. hah bagi muslim, kalau tengah marah tu rajin-rajinkan diri amik wudhu...takpun beristighfar lah..dikatakan air dapat menenangkan hati yang mengelegak kemarahan...lagipun dalam islam sendiri tak mengalakkan sifat pemarah ni...ibarat berkawan dengan syaitan...korang nak ke geng dengan dia...untuk yang non-muslim tu, cuba basuh muka dan sebahagian rambut....kesannya lebih kurang sama je..

PERGH...MASIH TAK REDA-REDA MARAH TU ?!...dah ni cara terakhir

4. cuba duduk....kalau masih tak berkesan cuba posisi baring....masih tak berkesan? pergi tido la...penat nak cakap dengan orang cengini....heish kurang sikit ributnya tu...

tapi kadang-kadang tu kalau dah geram sangat terlepas jugak...hah kalau dah jadi macam tu nak buat macam mana? mintak maaf balik dengan orang tu....orang tu nak terima atau tak tu terpulanglah yang penting kita dah minta maaf....





ok sampai sini dulu rasanya....karang coret panjang-panjang korang bosan pastu nnt marah ain suka merapu *jk ok lah ....buhhbye

p/s- daripada korang marah tak tentu pasal, baik korang main angry birds.. LOL

dah lama tak main :(








Comments