pilih jangan tak pilih :)

assalamualaikum dan hai :)

pernah kita dengar orang mengeluh "Aku nak kahwin tapi takde calon." Takpun ada orang yang setiap kali patah hati asyik nyanyi bait-bait lagu " Oh mama, saya mahu kahwin". Soal jodoh ni terlalu subjektif. Ada yang cepat, ada yang lambat.

Jadi pada satu petang yang indah, semasa nak tunggu waktu berbuka, buka tv alhijrah sekali ada rancangan cinta ilmu dan topik yang dibincangkan ialah mengenai pemilihan jodoh. Terus berlari masuk bilik cari pen dan kertas.Ustaz yang kasi kuliah petang tu, ustaz Badli Shah.

Bak kata ustaz, dalam bab mencari jodoh atau mencari teman hidup, kita amalkan prinsip
" D.U.I.T "

1. DOA - banyakkan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan jodoh yang terbaik untuk kita.Jangan berhenti berusaha selagi belum dapat. Kalau dah tiba masanya, insya Allah, si dia akan datang dalam hidup kita.

2. USAHA- berusaha untuk mencari jodoh kita. Minta tolong ahli keluarga, kenalan, ustaz dan ustazah. Luaskan pergaulan tapi ingat, ikhtilat masih dijaga. 

3. Ikhtiar - dah penat mencari, sekali dapat 1 katalog bakal zauj dan zaujah kita. Masa ini pergi jadi detektif. Siasat latar belakang calon kita tu dan pilihlah yang terbaik.

4. Tawakal- Kita yakin dan berserah kepada Allah SWT bahawa yang dipilih itu lah yang terbaik untuk kita dan kita sanggup mengharungi cabaran berumahtangga dengannya.


Islam dah mengariskan beberapa garis panduan memilih calon isteri dan suami.

1. Taat pada Allah dan Rasul.

- taat di sini bermaksud melakukan segala suruhannya. Selain itu, individu yang taat ini sangat menjaga halal dan haram dalam sesuatu perkara. Bagi yang perempuan, antara ciri-ciri taat ini ialah dia menjaga auratnya. Bagi lelaki pula, dia menjaga solatnya. Sebagaimana Sabda Rasullulah SAW,

"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya dan kerana keturunanya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan"


2. Pilih yang Sekufu atau yang Hampir Sekufu.

- Sekufu bermaksud kesama rataan. Sekufu merupakan satu keperluan dalam pernikahan tapi bukan syarat sahnya.Terdapat banyak ciri atau aspek yang diambil kira untuk sekufu ini, sebagai contoh ilmu, keturunan, kecantikan,umur, pelajaran tetapi terdapat 3 yang utama; agama, akhlak dan harta. Kenapa kena pilih yhang sekufu? Sebab untuk mengelak fitnah dalam kalangan masyarakat. Bagi kaum adam, seelok-eloknya pilih yang sama atau rendah sedikit daripadanya. Bagi kaum hawa, tak mengapa kalau dapat yang lagi tinggi tarafnya, contoh doktor kahwin dengan cikgu.Anggaplah tu macam fairytale cinderella :D

3. Orang yang sedap dipandang.

- yang sedap dipandang tak semestinya makanan je. (ok hambar giler....lulz).
Maksudnya bila dipandang oleh pasangan, gembira hatinya. Pastu kalau mak cik-mak cik nampak pasangan ni atas pentas.....laju je komen " Cocok sangat diorang dua ni....bagai pinang dibelah dua....tak macam anak si Yoh tu, dengan suami dia bagai pinang dibelah belah." Ceit sempat lagi dia mengumpat!

4. Cari yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.

- Jangan terkejut.Memang dianjurkan mencari isteri yang mampu memberikan zuriat yang ramai kerana Nabi Muhammad SAW kan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya yang beriman dan bertakwa.



sekadar di sini sahaja lah perkongsian ain mengenai isu mencari jodoh ni.Bagi mereka yang berpendapat, malas la nak fikir pasal jodoh, lambat lagi nak kahwin. Sesungguhnya untuk membina sebuah bangunan mengambil masa yang lama. Kalau asas bangunan tak cukup kuat, manakan mampu bangunan tersebut bertahan daripada kuatnya ribut dan gempa bumi. Maka akan runtuh atau rosaklah struktur bangunan tersebut. Diharapkan coretan ini memberi manfaat kepada semua.


Cheerio :D

Comments