ego.

Bismillah..


1.45 pm.

Bunyi ringtone handphone menandakan ada mesej yang baru diterima.

"Kak Reen,free tak? Nak datang rumah jap. Saje.- Kay"

"Ok. Datang lepas asar la. Boleh minum petang sekali"

Pukul 5.30 petang, Kay dah terpacak depan rumah, Selepas selesai bertanya khabar dan seround dua gelak besar, tiba-tiba muka Kay berubah kelam.

"Kay....ok ke ni?" aku memancingnya untuk bercerita.

"Masalah besar tu takdelah tapi takdela kecik sangat. Semalam Kay check result dan pointer sem ni hampir membuatkan Kay gagal. Padahal, hari-hari Kay berdoa supaya result sem ni naik. Tapi kenapa masih teruk juga?"

Kay mengeluh kekesalan. Aku sangat memahami bebanan yang dihadapi Kay. Siapa tak sedih kalau result drop wei. Pening nak repeat subjek semata-mata nak naikkan pointer.

Aku mengusap perlahan rambut Kay.

 "Kay pasti ke apa yang Kay doakan tu betul-betul Kay buat?"

Kay buat muka blur dia tu. Hodoh betul kerut dahi bagai.

"Erk...tak faham la Kak Reen....cuba kasi pencerahan sikit."

"Kay betul betul ke berusaha untuk memastikan doa tu menjadi realiti. Ke Kay berdoa je tapi usaha kurang. Kalau macam tu kita dah dikira sebagai orang yang ego."

"Ego??" Kay buat muka blur lagi.

"Ye. Situasi tu sama macam.....erm macam...hah macam ni. Cuba bayangkan kalau Kak Reen berdoa supaya kerusi ni dialihkan ke tepi. Adakah kerusi ni akan beralih macam tu je? Mustahil la kan melainkan kalau Kak Reen ni David Copperfield. Sepatutnya Kak Reen berdoa supaya diberi kekuatan untuk mengalihkan kerusi ni semasa Kak Reen tengah angkat kerusi tu untuk dialihkan."

Kay memgangguk lemah tanda memahami.

"Doa sahaja tak cukup. Usaha pun kena setimpal seperti yang didoakan. Sama seperti kita berdoa untuk saudara Islam kita yang ditindas di sana. Tetapi berapa ramai yang betul-betul ambil peduli untuk membantu mereka di sana. Berapa ramai yang sanggup keluarkan sedikit daripada harta mereka untuk didermakan ke sana. Yang paling penting, berapa ramai yang sanggup mengangkat senjata untuk bersama-sama berjuang ke sana."

"Kay kena ingat. Jangan sekali-sekali sombong dengan Allah. Jangan hanya mengangkat tangan berdoa ketika susah sahaja, ketika senang pun kena berdoa juga. Untuk menzahirkan rasa nikmat kesenangan yang diberikan Allah kepada kita"

Kay kembali tersenyum. Dia bangun lalu aku dipeluk erat.

"Terima kasih Kak Reen. Sebab tu Kay suka datang sini kalau ada problem. Dapat kata nasihat dan dapat makan.Hahahaha"

Hinggap satu penampar manja ke lengan berlemak Kay. Tulah siapa suruh gelak besar kat tepi telinga aku. Nasib baik eardrum aku ni buat daripada besi. Kalau kertas, mahu terkoyak hari-hari.

"Dah jangan nak mengada. Cepat makan."

Kay senyum.Aku senyum.






Comments