#RayaPost : duit raya

bismillah....

AMARAN:entri kali ini akan dipenuhi dengan gambar. Maka anda boleh tarik nafas lega kerana terselamat daripada bebelan si penulis.

"seminggu berhari raya, kunjung mengunjung rumah terbuka (HEY!). Jalinkan kasih sesama kita, lupakan saja snegketa lama..oooh....oooh....ooohh..hei hei hei"

sambil bibir sibuk nyanyi lagu kat atas, tangan pantas mengira duit raya.....masyuk masyuk....sebelah tangan susun wang kertas pelbagai warna, sebelah lagi laju tekan punat-punat kalkulator.....Tengah dok sibuk, kemas sampul duit raya nak buang.....sekali terleka dengan kecantikan sampul-sampul tersebut. Apa lagi tangan terus capai kamera, snap gambar,edit dan upload maka terhasillah post ni.

Sesungguhnya, aku memuji dalam hati, sambil mulut mengangga bentuk 'O' tengok design sampul yag cantik. Kebanyakan syarikat (terutamanya swasta) berlumba-lumba menampilkan design sampul yang tercantik, di samping menonjolkan imej syarikat itu sendiri.



cop mohor maybank

sampul MPAJ daripada mak cik yang kerja kat sana

sampul petronas ni tak boleh buat caption je, kena cerita sikit....design dalam sampul 'advance' sikit. Macam kad raya, boleh flip flop.

design depan dan belakang

ni yang aku kata boleh flip flop tu

Balik Johor, tak sahlah kalau tak dapat sampul JDT. Pak Ngah aku kata dia siap beli online sampul JDT tu. Tak tahu la nak percaya ke tidak. Kitorang adik-beradik dapat kumpul 4 design je. #LuaskanKuasaMu

(Agak-agak kalau simpan, dalam masa 50 tahun boleh jadi collector's item tak?)





ni ada lagi few designs yang aku rasa menarik.

yang atas tu dari BMW....kelas gitu.


yang kiri tu coolblog
rasa muda dapat sampul upin ipin weh

"Sampul cantik tak semestinya dalam tu pun cantik"- Pak Sedara, 2013

Comments