found this on tumblr....

HURAIAN MENGENAI  HADITH 73 GOLONGAN AKAN BERPECAH DAN HANYA SATU GOLONGAN AKAN MASUK KE DALAM SYURGA 
 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
 
“وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.
 
Terjemahan:
 “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.                                 
 
                                                                     [Diriwayatkan oleh al-Tabarani]        
 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
 
“عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَفَرَّقَتْ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَالنَّصَارَىْ مِثْلَ ذَلِكَ وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً”.
 
Terjemahan:
 “Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata: bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihai wasallam bersabda: Orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani seperti itu juga, dan Umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan”.                                 
 
                                                                     [Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]        
 
Sejarah mencatatkan bahawa dalam kalangan umat Islam semenjak abad permulaan, terutama pada zaman Khalifah Sayyiduna ‘Ali ibn Abi Thalib, hingga sekarang ini terdapat banyak golongan (firqah) dalam masalah akidah. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Ini adalah fakta yang tidak dapat kita nafikan kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri menyatakannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 golongan. Semua ini adalah dengan kehendak Allah dan ia mempunyai berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya, walaupun kita tidak mengetahui secara pasti akan hikmah-hikmah tersebut.
amun demikian, Rasulullah juga telah menjelaskan jalan yang selamat yang harus kita ikuti agar tidak terjerumus di dalam lembah kesesatan dan kekufuran. Kunci keselamatan tersebut adalah dengan mengikuti apa yang telah dipegangi oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah kerana ia adalah keyakinan yang telah dipegang teguh oleh majoriti umat Islam. Kerana Allah sendiri telah menjanjikan kepada Nabi bahawa umatnya ini tidak akan sesat selama mana mereka berpegang teguh terhadap apa yang disepakati oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Allah tidak akan mengumpulkan mereka semua di dalam kesesatan kerana kesesatan.
 
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
 
“إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ”.
 
Terjemahan:
 “Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”.
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuwan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi iaitu pegangannya dan para sahabatnya maka mereka dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat dari kekufuran dan api neraka. Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar  Ba`alawi[1] membuat kesimpulan tersebut:
 
1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3-Muktazilah kepada 20 aliran
4-Murjiah kepada 5 aliran
5-Najjariah kepada 3 aliran
6- Al-Jabbariah 1
7-Al-Musyabbihah 1
leh itu jelaslah, kalau ditambah satu aliran lagi dengan fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadis yang di riwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi tersebut. Kesimpulannya, golongan yang terkeluar dari landasan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka semuanya akan masuk ke dalam neraka dan kekal di didalamnya buat selama-lamanya kerana akidah mereka telah menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.
 
 
SIAPAKAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH??? 
 
Dari sudut bahasa,  perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
 
Pertama, perkataan Ahl yang bererti keluarga, pengikut atau golongan[2].
 
Kedua, perkataan al-Sunnah. Dari sudut literal, perkataan al-Sunnah mempunyai pengertian al-Thariqah (jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.[3] Kiyai Haji Hasyim al-Asy`ari mengatakan:[4]
 
“السُّنَّةُ  كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْ كُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اِسْمٌ لِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِي الدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ”.
 
Terjemahan:
 ”As-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku”.
 
Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Secara terminologi, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini:[5]
“لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الْأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُ الصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِ الاِعْتِقَادِ…وَالْجَمَاعَةُ هُمُ السَّوَادُ الْاَعْظَمُ”.
 
Terjemahan:
 ”Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]”. 
 
Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[6]
 
“عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ”.
 
Terjemahan:
 ”Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti”. 
 
Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[7]
 
“عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلَاصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الْأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ”.
 
Terjemahan:
 ”Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka”.
 
Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[8].
 
Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti[9]. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikuti golongan majoriti kaum Muslimin, manakala mereka yang berlepas diri daripada mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi bererti telah keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin.
joriti kaum Muslimin.
 
وَأَفْضَلُ هَؤُلَاءِ أَهْلِ الْقُرُوْنِ الثَّلَاثَةِ الْمُرَادُوْنَ بِقَوْلِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خَيْرُ الْقُرُوْنِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ)). وَالْقَرْنُ مَعْنَاهُ مِائَةُ سَنَةٍ كَمَا رَجَّحَ ذَلِكَ الْحَافِظُ أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ عَسَاكِرَ وَغَيْرُهُ.
 
Terjemahan:
 Dan yang paling afdhal dalam kalangan mereka [Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah] tersebut adalah mereka yang merupakan ahli kurun yang ketiga hijrah iaitu mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda sallallahu`alaihi wasallam: ((Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang datang selepas kurunku, kemudian mereka yang datang selepas mereka yang mengikut kurunku)). Satu kurun bermaksud seratus tahun sepertimana yang telah ditarjihkan definisi tersebut oleh al-Hafiz Abu al-Qasim bin `Asakir dan cendekiawan yang selain daripada beliau.
 
Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam  di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini.
 
Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali[10].
 
“إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ”.
 
Terjemahan:
 ”Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka  yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)”.
 
Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:[11]
 
“قَوْلُهُ (عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلَا تَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلَّا فِيْ مَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلَافِ اللَّفْظِيِّ كَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ”.
 
Terjemahan:
 ”Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka adalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya”.
 
Telah berkata al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie:[12]
 
“وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلَّا فِى الْعَصْرِ الْعَبَّاسِى الْأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلَامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الْإِسْلَامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لِأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الْأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الْأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الْإِسْلَامِيَّةِ الْأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ”.
 
Terjemahan:
 ”Istilah ahl al-Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah iaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahl al-Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Adapun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda. Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua puak sahaja yang masih kekal pada ketika itu, iaitulah al-Syi`ah dan ahl al-Sunnah, maka dikatakan satu puak sebagai Syi`e dan satu puak yang satu lagi sebagai Sunniy. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini”.
 
Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah iaitu mufti Mesir pada masa ini menjelaskan tentang mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam kitabnya:[13]
 
“مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ -الْأَشَاعِرَةِ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةِ- مَذْهَبُ وَاضِحٌ فِيْ جَمِيْعِ أَبْوَابِ عِلْمِ التَّوْحِيْدِ، وَلَكِنَّ أَكْثَرَ مَا يُنْكِرُهُ مَنْ جَهَلُوْا حَقِيْقَةَ الْمَذْهَبِ مَسْأَلَةً فِيْ الإِيْمَانِ بِاللهِ.
 
Terjemahan:
 ”Mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah –al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah.” 
asalah iman kepada Allah.” 
 
Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali. Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahl al-Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti umat Islam.
 
Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun.
 
Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.

Comments