#FoodReview: Damascus Gate Restaurant (MAPAU)

bismillah....

gengang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

baiklah untuk entri kali ini, meh saya kenalkan kepada pembaca sekalian satu restoran superb, yang bila mana korang makan kat sini, eh konpem nak datang lagi. Hah mesti kan nak tahu macam mana boleh tetiba tergerak hati nak makan kat sini. Kami sekeluarga ni memang tak berapa rajin nak makan luar. Dalam sebulan tu boleh kira dengan jari je pergi restoran kat luar. Sejak ada tukang chef hebat (batuk batuk) kat rumah ni, tak de can langsung nak makan luar. Ok balik kepada topik asal.

Yang mula-mula rekomen restoran ni ialah salah seorang tenaga pengajar kat KKHL. Restoran ni tak jauh, tak sampai 5 minit je dari rumah, jadi mereka-mereka yang duduk kajang-bangi-semenyih tu meh la datang menjamu selera kat sini. Kami ni pula memang rajin pergi cuba restoran baru ni. Kalau duk semua melepuk malas nak masak sebab tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, makan luar la gamaknya.

Restoran ini diasaskan oleh Pn. Shahrina Ahmad Sharkawi  bersama dengan suaminya, seorang warga Palestin. Kebanyakan pekerja di restoran ini rasanya pun warga Palestin (ni sekadar pemerhatian sepanjang kat restoran tu) dan kebanyakan mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Tapi kalau siapa nak test power nak cakap Arab, hah sila-sila *bentang karpet merah*

Hiasan dalam restoran ni simple je. Kebanyakan ruang dalam kafe dipenuhi dengan kerusi dan meja makan. Di sebelah kanan pintu masuk, pemilik restoran telah menyediakan satu ruang khas bagi pelanggan yang ingin membawa buah tangan pulang ke rumah selain membawa perut yang buncit kekenyangan dan dompet yang menipis balik sekali.

Mukadimah - checked
Latar belakang pemilik- checked
Interior - checked

Sekarang tibalah untuk bahagian paling best, MAKANAN!!
Bagi mereka yang suka makan makanan Arab, hah rugi kalau tak datang sini. Pelbagai jenis makanan ada, nak roti, ada. Nasi pun ada. Kalau siapa yang bajet-bajet nak diet, salad pun hado. Bagi mereka yang perut kecil macam saya *kuis-kuis tanah*, memang susah la nak habiskan satu hidangan tu. Macam haritu saya order chicken shawarma, saje nak bandingkan dengan kat satu restoran mamak 24 hours kat serdang tu. Nak tengok mana lagi legen. Ingatkan ayam dengan fries semata, sekali bila sampai, kedebuk, dia hantar dua roti (pita ke nama dia tu) buat balut dengan ayam. Sebabkan nak control ayu masa makan, tak habis pastu apa lagi tapau la. Keistimewaan restoran ni terletak pada nasi maqlubah. Boleh pilih nak ayam ke kambing. Pastu kepada mereka yang nak makan nasi dalam talam....kat sini pun ada.....boleh la order.

Malas nak cerita panjang. Scroll je la eh tengok gambar.



penaja utama makan malam

sodap kan?

merah menyala gitu nasi dia




teman dating malam tu.....hehe

chicken shawarma


moh le datang.

Jadi buat mereka yang dah bosan asyik makan nasi dengan tomyam, boleh lah berkunjung ke

Damascus Gate Restaurant di C-37-GB, Jln Prima Saujana 2/E, 43000 Kajang, Selangor.
(kedai dia kat hujung sekali menghadap jalan raya besar tu)

 Oh ye untuk pengetahuan semua, 100% keuntungan restoran ini disumbangkan untuk membantu saudara seislam kita di Palestin. Sambil makan, sambil beramal.

Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki pemilik restoran ni. Semoga perniagaan puan akan terus sukses.

Disclamier : Post ini ditulis sekadar suka-suka dan saya tidak menerima sebarang bayaran. FOC dan suka-suki.

*kalau dapat komisen pun apa salahnya.....nasi maqlubah kambing satu!! hehe



Comments