#FoodReview : Al-Iman Cafe & Dine

bismillah....

It had been a while since my last food review kan? Ni che nak habaq mai satu lagi cafe best kat area rumah che.....memang betul-betul sebelah taman perumahan je. I present to you Al-Iman Cafe. Located at Prima Saujana, Kajang, it is one of the cafes that deserved to be on your must-visit list. Through my observation, the concept of the cafe really suits the modern lifestyle today. Plus, owner restoran ni  pun pandai gunakan seluruh ruang restoran ni dan timbulkan variasi dari susunan perabot-perabot dalam kafe ni. Di ruang hadapan, pemilik telah bahagikan kepada 3 bahagian, ruangan santai, cofee bar dan kaunter bayaran dan ruang yang menempatkan meja makan.


betul-betul belakang meja makan kitorang




Tengah mata dok meliar melihat tempat-tempat berpotensi untuk selfie....tetiba mata terlekat dekat satu ruang di restoran.....sebagai peminat dessert terutamanya cupcake, takkan la tak tergoda bila melihat deretan kek dan juga cupcake enak. Terasa diorang meraung-raung di sebalik kaca supaya kitorang beli. 

tergoda bukan~~
red velvet dan choc cupcake pilihan hati
this is mine!!

Bagi mereka yang risau akan harga kat kafe ni macam mahal gilos ke apa, jangan risau, harga yang ditawarkan cukup berpatutan setanding dengan makanan yang dihidangkan. Sebabkan masa haritu kitorang singgah tu restoran nak tutup maka meriah lah kitorang dijamu. Macam saya ni tipikal orang Melayu, nasi dan diri berpisah tiada. Tanpa ragu-ragu, terus pilih nasi lemak pandan (tambah nasi lebih lagi tu). Ingatkan bila nasi lebih tambah lebih sikit dalam pinggan, rupanya pelayan tu bawa 1 lagi 1 pinggan extra penuh ngan nasi. Apa lagi, perut den melonjak-lonjak gembira la masa tu.

(badan yang kurus jangan disangka tiada saka...eheh)

nasi lemak pandan
Apa yang special kan pasal nasi lemak ni kan,pada warna dengan sambalnya. Bak kata orang, nasi kalau sedap macam mana pun tapi sambal hambar, tak umppph rasanya. Sesuai dengan namanya, nasi ni warna hijau cair. Pemilik restoran ni merangkap chef cakap warna hijau tu bukan datang dari pewarna tapi sebab hijau daun pandan. Tak tipu beb, memang rasa pandan bila kunyah nasi. Satu lagi, sambal dia terbaik la. Bagi yang kurang menggemari pedas macam saya, sambal serai nasi ni sedap sebab rasa manis-manis (dari bawang).....rasanya lebih kurang macam sambal nasi katok yang popular kat Brunei tu.

Adik bongsu si Alya tu memang hantu western. Berab dia order chicken chop ke lamb chop (tak ingat dah). Ingatkan dah rabak poket kan kena bayar, rupanya-rupanya murah je u olls. RM 11.90 untuk  hidangan sebijik macam kat bawah ni.

Lamb chop with rosemary sauce
Murah murah..sedap tak terhingga tu yang tak tahan. Tarikan utama adalah dari segi sosnya. Ingatkan sos blackpepper, rupanya sos rosemary. Satu lagi, ini merupakan 1 hidangan sihat juga sebab instead of serving this dish with fries, it is serve with baked potatoes. Rugi weh tak cuba.


tak ingat dunia bila dapat air favourite pink guava.
Aina yang happy gilos sebab makanan sedap

muka depan restoran. Boleh nampak alya masih curi-curi nak beli cupcake.
Ok, kesimpulannya, Ain kasi Al-Iman Cafe 5 bintang. Servis tip-top, harga makanan berpatutan, makanan sedap hingga menjilat jari, interior yang santai dan cantik dan banyak lagi sebab. So kiranya rugi lah kalau korang tak pergi weh! Untuk maklumat lanjut dan lokasi restoran ni, korang boleh check page Facebook diorang dan jangan lupa klik Like :)

Comments