Tazkirah Ramadhan : Siri 1

 بسم الله الرحمن الرحيم بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Seperti yang dijanjikan semalam di twitter, saya akan cuba untuk berkongsi apa-apa input yang saya dapati daripada tazkirah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput khas ke Surau Sri Saujana, Kajang. Jadi yang ini ialah untuk siri yang pertama :)

Disampaikan oleh : Saudara Suhail Kamaruddin


  • Kita manusia selalu lupa dua nikmat utama yang Allah beri iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang. 
  • Berapa ramai yang hafal surah Al-Mulk, Al-Insan, Al-Waqiah dan Surah Yassin dan claim diorang beramal. Sesunguhnya beramal dengan surah itu bukan setakat hafal tetapi haruslah disertai dengan kefahaman setiap butir ayat
  • Orang Islam belum tentu beriman tetapi orang beriman sudah pasti dianya Islam
  • Segala amalan kita mestilah berlandaskan Habluminallah (hubungan manusia dan Allah) dan juga Habluminannas (hubungan manusia sesama manusia)
  •  Orang yang bertakwa itu ialah mereka yang patuh kepada perintah dan larangan Allah dan melakukannya dengan ikhlas.
  •  Allah tak tengok pangkat, harta kita. Yang Allah pandang hanyalah hati dan amalan kita.
  • Semua amalan baik kita akan disekat bila kita tidak bersolat. Hal ini kerana solatlah yang membezakan kita dan orang kafir.
  • Antara sebab amalan kita tersangkut (tidak diterima Allah) ialah kerana kesyirikan kita kepada Allah dan juga tidak bertegur sapa sesama umat Islam.
  • Cuba tukarkan kebiasaan amalan di bulan Syawal dan lakukannya di bulan Ramadhan. Sebagai contoh, amalan minta maaf di pagi raya kita lakukan semasa di bulan puasa. Amalan beri duit raya kita beri masa bulan puasa. Rumah terbuka syawal kita tukar kepada rumah berbuka ramadhan. Hidupkan amalan ziarah kubur pada waktu malam semasa di bulan Ramadhan (salah satu cara untuk kita uji ketakwaaan kita)
  • Cuba amalkan surah Al-Baqarah ayat 153-157.
wallahualam.


Comments