Sebab aku insan biasa

Bismillah.

Tipulah kalau aku tak terasa bila kau buat muka.
Walau pada dasarnya kita berjanji setia untuk menjadi sahabat selamanya.
Tapi kini aku seperti diasing.
Kekok walau jalan seiring
Bila aku berbicara namun kau hanya menjeling.

Apa salah aku, wahai sahabatku
Adakah kerana kurang masaku untukmu
Atau senda gurauku membuatmu terasa
Hingga kau hanya anggap aku teman biasa.

Khabarkan pada aku
Apa salahku
Jangan biar aku tertunggu-tunggu kerana kurang mengerti layanan dinginmu
Aku cuba ubah diriku ikut rasamu
Namun aku rasa plastik, itu bukan diriku

Sungguh penat bila kau nak mengharapkan perhatian manusia
Apatah lagi terluka bila dilupa
Kerana aku tahu kau bisa cari pengganti
Lebih baik dari diriku ini.

Sungguh sahabatku, aku rindu saat kita bergelak ketawa dulu
Kau datang kepadaku dan aku menjadi pendengar setiamu
Tetapi sekarang aku hanya orang ketiga
Mendengar dari kejauhan sahaja
Sekadar bayang-bayang sahaja

Sungguh sahabat
Khabar kepadaku apa salahku
Kerana aku malu ingin bersemuka denganmu
Terasa seperti pesalah di mahkamah
Dijatuh hukuman tanpa bicara

Sungguh aku insan biasa
Yang bisa terluka dan meluka
Aku tak sempurna
Banyak silap bicara hingga buat kau terasa

Oleh itu sahabatku, sudikah kau maafkan aku?



truth hurts, don't it?


Comments