Awak, tundukkan pandangan.

Bismillah.

Seperti biasa, seperti mana hari-hari yang lain. Tepat pukul 9, Asiah memang akan sedia terpacak di bilik Mardiah, menunggu Mardiah bersiap untuk mereka berdua keluar makan malam.

"Asiah, jom makan tempat lain malam ini. Sekali-sekala tukar selera. Ada kawan Mar suggest satu tempat ni, baru buka. "
"Ok je Mar, dengan syarat awak belanja"
"Herm dah agak dah. Yelah yelah. Cepat masuk dalam kereta."

Usai meletak kereta, bergegas mereka masuk ke restoran dan mencari tempat duduk.
Di saat-saat kritikal begini, perut yang meragam minta diisi harus disantuni.
Menu diberi dan diteliti. Akhirnya selepas 15 minit menunggu Mar yang hampir putus asa, bingung nak makan apa, akhirnya kakak pelayan menerik nafas lega.
Hampir berlubang lantai simen dek berdiri terlalu lama.

Asiah mengambil peluang meneliti segenap ruang restoran dan juga para pelanggan yang hadir.
Sedang asyik toleh kanan dan kiri, tetiba matanya menangkap sesuatu.
Tajam dan tepat.
Seorang lelaki merenung tepat ke arahnya.

Sebagai seorang muslimah yang arif tentang erti malu, cepat-cepat dia menundukkan pandangan.
Lalu hati kecilnya mengomel "Eish lelaki ni tak malu ke renung anak gadis camtu."
Lalu dia beranikan diri mengangkat kepala sekali lagi.
Masih sama. Cepat-cepat dia tundukkan pandangan.

Makanan sampai. Aromanya memikat selera namun tidak mampu menenangkan Asiah yang kegelisahan.
"Mar, cepat-cepat makan pastu kita pergi. As takut la dengan mamat psycho yang duk tenung ke sini."

Selesai bayar, mereka cepat-cepat berlalu pergi.
Dalam kekalutan nak tinggalkan restoran tersebut, sempat Asiah menjeling dengan ekor matanya ke arah lelaki tersebut. "Apa dia pandang lagi? Muka macam tak puas hati. Sorry la ye. Aku memang tak layan lah kalau nak ngorat cara camni. Herm ada hati nak main-main mata" gertu As dalam hati.
Dengan langkah pun geram, mereka berdua bergegas ke kereta dan memecut meninggalkan perkarangan restoran.

Dalam restoran.
"Apahal la minah depan aku tu? Ingat cantik sangat aku nak tengok. Heish aku punyalah pilih port baik punya nak tengok favourite show aku kat tv. Pap kena blok dengan dia. Dahlah episod akhir. Ingatkan dapatlah tengok lepas dia bangun, sekali dah habis.Terpaksalah scroll twitter nak tahu ending. Nasib badan."

p/s: Pernah kena camni? Hahaha. Kadang-kadang penulis ataupun ada kawan-kawan yang cerita pernah kena. Kesimpulan penulis, bila lelaki kadang-kadang merenung tajam

1. Sebab dia hairan camne lah korang belit-belit tudung atau shawl korang.
2. Dia tengah nak test sama ada dia ada panahan laser macam Superman. Konon-konon boleh cairkan hati wanita. Pfft.
3. Mungkin sebab dia ada berdendam sebab masa zaman hingusan kau tolak dia bila dia confess suka kau.
4. Mungkin dia tengah tengok makhluk ghaib yang main kenyit-kenyit mata kat belakang korang.

So, keep calm dan tundukkan pandangan. :3



Comments