Malu Dengan Tuhan.

Bismillah.

Kadang-kadang pernah tak kau macam nak beribadah cepat-cepat sebab kau rasa banyak benda lagi yang kau terlepas nak buat bila mana lebih lama kau berteleku di atas tikar sembahyang.
Untuk yang perempuan, pernah tak kau rasa lega gila bila kau tengah period sebab kau tak payah susah-susah nak solat dan ada banyak masa untuk buat benda yang kau suka.

Pernah?
Herm, takziah kerana hakikatnya mungkin diantara kita dah pun termasuk golongan pendusta.

Kita lupa kan. Oh lupa ye kita manusia. Lebih-lebih kalau Melayu, lagi mudah lupa (bukan penulis yang cakap, Tun M yang cakap). 

Tak sedar yang sebenarnya kita jadi kedekut dengan Ilahi.
Yelah, dalam 24 jam masa yang Allah beri, kadang-kadang dalam sehari tak sampai separuh pun masa guna untuk kita beribadah padanya.
Sedangkan kita lupa, berkat waktu itu bergantung kepada Ilahi.
Kadang-kadang, solat pun dilewat-lewatkan dengan alasan nak habiskan study.
Kalau solat awal pun kadang-kadang tergesa-gesa sebab kau tak sabar takut terlepas sambungan drama pukul 7 malam.
Sampai ada satu ketika, kita macam salahkan kebaikan dalam beramal sebab kurang masa untuk study atau nak lepak sebabkan kena pergi usrah lah, sibuk nak lengkapkan isi mutabaah amal supaya tak segan banyak kosong bila compare dengan kawan-kawan usrah yang lain.

Sekali lagi kita lupa.
Berkat waktu itu Allah yang beri.
Lekatnya apa yang kita pelajari tu sebab Allah berkati.

Tapi secara tak sedar, dalam diam kita berburuk sangka pada Maha Pencipta.
Atas sebab kelalaian dan keangkuhan diri sendiri.

Mungkin lepas ini, kita boleh berfikir seketika.
Andai waktu kita bangkit dari tikar sejadah tu dalam keadaan tergesa-gesa dan masa tu ditakdirkan ajal kau tiba.
Agak-agak berapa banyak amalan kau yang boleh dibanggakan untuk nak masuk syurga.

Berapa.

Nota kaki: Kadangkala kita pun terlalu taksub nak kejar kualiti sampai tak pentingkan kualiti. Allah lebih suka mereka yang sikit amalannya tetapi konsisten dalam melakukannya daripada mereka yang banyak amalannya tetapi tidak istiqamah melakukanya.

Antara sebab tulis post ini pun sebab nak sentapkan hati yang mudah lalai ni. Moga Allah pelihara diri kita.



Comments