BioMIX :)

Bismillah.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni....orang dah lama move on saya baru nak coret-coret.
Kalau masuk hari ni,  dah hampir 2-3 bulan saya dah lepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan perasaan masa minggu-minggu pertama dah tak jadi presiden tu lain macam sikit. Rasa rindu. Haha.

Perasaan bercampur-baur.
Rasa sesal dan kesal sebab tak buat yang terbaik.
Rasa tak puas sebab banyak lagi tak dapat nak buat.
Rasa gembira sebab dah berjaya kenalkan semula BioMIX dan sediakan tapak untuk yang baru.
Rasa matang sebab dah berjaya harungi pelbagai rintangan.
Rasa takut sebab mungkin didakwa di Padang Mashyar nanti. Bab amanah ni tak boleh buat main.
Rasa lega sebab dah terangkat satu tugas dari bahu.

Buat semua, andai kata ada yang terasa sepanjang memegang jawatan. Ramai terasa, terkecil hati mohon maaf dari hujung rambut dari hujung kaki.
Susun 10 jari harap diampuni.

Tak mudah nak memacu persatuan dalam serba kekurangan. Tiada bilik gerakan. Tiada kenderaan. Tiada elaun dan kurangnya dana.
Hasil usaha semua, alhamdullilah sedikit demi sedikit kita berjaya.
Tak semua yang dirancang akan berjaya dan tak semua yang gagal atas kelalian dalam perancangan.
Kadang-kadang rezeki bukan di pihak kita.

Terus-terang, dari sekecil-kecil jawatan sebagai Timb. Pengerusi Sekretariat kepada Presiden banyak mengajar saya banyak perkara. Membentuk dan mematangkan saya.
Mengajar saya erti teman, kawan dan lawan.
Membina kepercayaan dan kesetiaan.
Berfikir menyatukan dan mencipta kejayaan.

Alhamdullilah, dua penggal sebagai presiden telah berakhir dan moga terus maju kepada jawatankuasa yang baharu.





Comments